Cerita last week. This week baru aku nak share dalam ni. Ahad lepas aku dapat tiket free masuk Sunway Lagoon. Untung ada kawan staff Sunway. Thanks Mala ^__^
Actually ada family day untuk staff Sunway. Tapi sebab kawan aku ada tiket lebih, dengan baik hati dia derma pada kawan-kawan. Last year pun dia offer aku tiket free, tapi time tu kitaorang ada hal and hadif pun baby lagi, maka kami tak g.
So, pagi-pagi lagi dah keluar rumah sebab nak amik goodie bag. Sampai 8 bag aku amik. Tolong reedemkan kawan aku yang tak g.hahaha...Dah masuk dalam tu, orang memang ramai. Yelar berapa ramai plak staff Sunway kan. Rupanya, semua permainan tu hanya mula pukul 10. Maka, kami pun just jalan-jalan je dulu.
Muka excited dapat pergi Sunway Lagoon
Dah pukul 10 je, terus kitaorang bawa hadif g zoo dalam ni. Ala-ala mini zoo je. Ada burung, itik,ular, beruang...eehh..banyak gak tau binatangnya. Hadif memang suka masa kat sini. Tambah plak, burung-burung tu diaorang just lepas je dari sangkar. Ular tu tidak le. Kalau ular diaorang lepas, semua orang lari gamaknya.
Burung merak tengah berdating
Lepas tu terus pergi area dry park. Just bawa hadif main mainan yang jenis pusing-pusing. Belanga berpusing, kuda berpusing, kasut berpusing. Selamat anak aku tu tak berpusing gak -___-''.
Permainan tu jela pun yang dia lepas nak main. Yang lain-lain semua tak cukup tinggi lagi. Takpe, hadif dah besar sikit nanti, kita datang lagi ye nak.
Suka kemain dapat naik kuda berpusing. Lepas turun siap menyanyi-nyanyi
Yang ni kasut berpusing. Laju wei pusingnya. Aku budget dia menangis
Rupanya menjerit-jerit suka dalam tu.
Bapaknya yang takut anaknya tercampak keluar
Naik benda yang berpusing ni. Boleh tengok view sunway lagoon dari atas
Anak suka. Bapak takut.
Camne tu?
Tu jela yang kami naik n main. Yang lain semua tengok je dari tepi dengan pandangan sepi. Jeles wei dengar orang dok jerit gembira naik macam-macam dalam tu. Selamat aku dah pernah pergi 3 kali Sunway Lagoon ni. So, takde ralat sangat. Pengorbanan bila dah jadi mak-mak namanya *___*
Elok je planning nak g mandi lepas main-main tu, hadif tidur. So, kami pun just tunggu dia bangun tidur. Sambil tu kami lunch. Lunch pun dapat free.keh..keh..keh... MAcam-macam makanan dapat, ada KFC 1 box, nasi beriani, sardin puff, muffin, air. Haaa..kenyang wei...
Lepas sejam,kitaorang kejut je hadif. Tak lalu nak tunggu dia bangun sendiri. Pergi dekat area beach yang ada pasir pantai tu. Letak je kaki dia atas pasir terus melalak sambil geleng-geleng kepala.hahahha...dia geli pasir tu hokey!!!adoiii la nak...hadif memang ada 1 sifat penggeli yang dia warisi dari siapa pun kitaorang tak tau. Geli pasir, geli rumput....Semua tak nak pegang.
Lepas tukarkan baju, en adha terus bawa dia dalam air. Then, dia pun terus menangis -___-''. Drama king sangat. Dia memang tak suka aktiviti air. Ini bukan kali pertama pun. Before ni pernah bawa pergi sungai, g laut, semua dia tak suka. Melalak-lalak dia kat situ.
Kata kawan aku, kalau anak lelaki baya-baya hadif memang tak suka aktiviti air. Tapi kalau anak perempuan, memang suka sangat. Ye ke?? ada sape-sape experience macam aku? Nak tunggu umur hadif berapa agaknya baru boleh mandi sama-sama kat sungai.
Terus tak jadi nangis bila nampak mama nak amik gambar
Muka langsung tak happy bila masuk air
Bawa plak pergi kat area pool kanak-kanak. Budget dia mungkin ok sebab kat situ takde pasir.hahhaha...Sangkaan meleset. Belum masuk air lagi dah menangis. Terus cakap kat en adha,"moh le kita balik". Sob..sob..sob..
Terus tukar baju, pack barang semua, kami pun pulang. Time tu baru pukul 3. Tapi dah renyai-renyai nak hujan.Memang sedang elok kami nak balik time tu.
Itulah kisah Sunway Lagoon kami. Selamat tiket free. Kalau bayar, tak berbaloi sebab tak explore habis Sunway Lagoon tu. Anyway, thanks again Mala. Kitaorang doa, next year dapat tiket free lagi ye. Hadif dah 2 tahun lebih, sure dah tak takut air. =)
p/s: Skill menulis blog semakin tumpul =(
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment
any idea or comment?just drop here