Setahun Empat Bulan

Hadif dah setahun 4 bulan. Alhamdulillah...Dia membesar dengan sihat dan ceria. Cuma baru-baru ni demam. Tapi tak teruk pun. So, apa perkembangan terbaru anak bujang aku tu?

  • Memang dah teror berjalan. Dah tawaf keliling rumah cuma tak pro lagi untuk berlari
  • Gigi memang dah almost nak penuh. Gigi taring, gigi geraham..suma la. Selamat dia memang takde habit untuk menggigit waktu bf. Kalau tak,memang aku jadi monster kot
  • Sangat suka pergi playground. Macam dah aktiviti wajib kami bawa dia g taman.
  • Dah pandai nak mengamuk if tak dapat something. Setakat ni kat rumah jela. Kat luar tak pernah lagi and sangat berdoa tak terjadi. Contoh, dia nak tengok kartun, tapi aku tak bagi. Mula dia berguling kt lantai sambil menangis. Selalunya aku akan dukung and pujuk sambil cakap "we watch again tomorrow ok". Selalunya dia akan ok lepas tu.
  • Dah banyak words yang dia boleh sebut. Contoh macama, mama,babah, opah, car, ball, bird. Ada a few words yang still pelat lagi
  • Dah mula kenal huruf, warna and nombor. Aku slowly ajar dia guna flash card. Tak paksa pun, cuma hari-hari akan ada session belajar. 
  • Selera makan normal. Nak kata banyak sangat tu takde la. Tapi everyday akan makan. Buah memang wajib makan hari-hari.
  • Minat dengan segala transportation, especially tractor,crane,bus. So, buku-buku dia mostly berkaitan dengan transportation je
  • Favorite cartoon of coz Thomas & Friends, Bob the Builder dgn Upin Ipin. Aku siap record series sebab kartun-kartun tu semua waktu pagi. Time hadif belum bangun tidur 

Dah setahun lebih jaga hadif ni aku rasa, dia budak yang senang nak dijaga. Tak banyak kerenah. Tapi memang manja sangat dengan aku. Time tidur, selagi aku tak naik bilik, memang meraung macam kena dera. Babah laku gak. Cuma part tidur, babah punya saham terus merudum.hehehe...


Pipi Pau ^___^

Next year macam nak kerja balik. Tapi bila fikir pasal hadif, aku terus batalkan niat nak kerja. Tambah plak macam-macam kes dalam tv pasal taska dengan pengasuh sekarang ni. Lagi hati aku macam berat nak start kerja balik. En adha tak kisah pun aku kerja ke tak, tapi tula tengok macamana nanti.

"Mama kerja jaga hadif jela.takyah kerja g opis"
-____-''


p/s: murahkanlah rezeki keluarga kami..amin...

2 comments: (+add yours?)

LisaLisut said...

Xpyhlaaa keje balikk duk jr umah since ur husband mampu huhu. I pulak tggu ms nk jd sahm ha sobs

pet9 said...

seronok babe dapat tengok anak membesar di tangan sendiri.. kebersihan dan perkembangan emosi terjamin. Alhamdulillah..semoga i dapat la jadi sahm nanti...idaman semua mak hahaha

Post a Comment

any idea or comment?just drop here