hye semua.... (sambil tangan lambai-lambai gaya miss universe) :))
So,macamana weekend anda-anda?Yang B2B sure busy prepare pasal wedding.Yang ex-bride sure bermanjaan bersama suami.weeehuuuu....saya la tu..awwww..suker la.Ok,weekend hari tu masa dihabiskan di panggung wayang selama dua hari berturut-turut.Kekonon nak bercanda di tepi pantai sambil lari-lari kucing,tapi hari-hari kat Kemaman ni hujan..Akhirnya,berlari ke cinema jela..
Hari Jumaat, kami tengok cite ni
Sinopsis:
Sebuah filem yang mengabungkan kisah penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air!
Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan.
Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah. Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu.
Setiap penghuni estet ingin mewakili estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu....nak tau selanjutnya baca kat sini
Pada aku cerita ni biasa-biasa je.Takde la aku nak puji macam cerita Papadom tu.Tapi aku rasa yang buat cerita ni best bila watak Rosyam Nor keluar.Memang lawak habis..Gaya cerita ni memang ala-ala filem Hindustan.Sound effect memang hebat la.Tumbuk pelan je pun,bunyi je lebih.hahahah....Part ni aku memang puji Mamat Khalid.Lawak dia pun ok la.Takde la rasa lawak bodoh.
En adha memang suka la kan.Dia memang suka cite gelak-gelak ni.Orang dah berhenti gelak,dia belum lagi.hahaha...Aku rasa cerita ni filem Bollywood versi Malaysia.Cuma,aku rasa lagi best kalau pelakon dia cakap je Tamil but ada translation bahasa melayu kat bawah.Watak Farid Kamil dalam cerita ni biasa-biasa je.Aku rasa dia macam tak sesuai bawa watak ni sebab muka dia takde muka kampung or budak estet..Muka mat rempit ok la kot(mati aku kalau fans FK ni baca.hahha)...
Tak rasa rugi la kalau tengok.Sebab stll boleh gelak-gelak.Cerita relax je..Tak payah nak fikir-fikir kan..Menggambarkan kita ni 1 Malaysia.Kalau tak,tak la menang Anugerah Khas Juri kat Festival Filem hari tu kan..Selamat menonton.
Mesti ada yang cakap"wei,setakat bagi review camni baik tak payah".Sebenarnya,aku memang tak reti nak review filem sebab aku bukan pengarah and kalau nak tau semuanya,g cinema la tengok cerita tu.hohoho...selamat menonton ;P
Next entry,aku review pasal filem Takers plak ;P
P/s:Tetiba aku buka web coach lepas Nad asyik cakap baik beli handbag Coach.Damn u Nad!!!
2 comments: (+add yours?)
weh
baik lg citer citer yasmin kan?
rindu lah plak nak tgok hasil nukilan dier
nad>>tula kan..rindu beb.karya yg x hipokrit..tp x semua suka karya dia.golongan rare cam kita je yg suka.hahahha
Post a Comment
any idea or comment?just drop here