Cerita dah lama.Cuma,aku baru teringat nak share kat sini bila aku jumpa gambar kami di sana.Plan utama,en adha nak bawa aku makan ketam kat area Penang.Janji nak bawa nye dari sebelum kawin sampai dah kawin pun..adoiiihaiiii....
Aku g makan masa aku balik awal bulan 10 hari tu.Tapi amat bosan jawabnya kalau hanya g berdua.Makanya,kami menjemput bersama 2 orang sahabat terhebat kami.hahhaha...So,masa tengah on d way tu,kawan kami yang Pian ni suggest gi Hammer Bay.Terus setuju!!!!
Ohhh...kalau dari kg en adha, Parit Buntar ke Penang tak jauh pun.Dalam setengah jam je.If nak ke Pulau dalam 45 minit.Selalunya kalau balik kg dia,kami memang akan ke Penang.Jalan-jalan cari pasal ;P
Okey,tempat ni berdekatan dengan shopping complex Queensbay Mall tu.Tapi nak bagi direction, aku memang tak pandai sebab kami pergi time malam and aku tak familiar jalan tu.Maybe kalau google boleh jumpa sebab tempat agak terkenal juga.
First,pilih nak makan apa.ada ketam,udang,ikan,udang,kerang,lala,sotong
en crab yang fresh dari aquarium
ikan siakap goreng cili kering.TERBAEK!!!
en crab goreng cili
en crab masak steam
udang goreng bawang
Review makanan plak.Semua makanan adalah sedap.Kami memang suka seafood.Pernah makan kat Bagan Lalang,Klang,Umbai,Tanjung Lumpur...and many more..Tapi aku rasa kat sini paling sedap kot.Tak tau la tekak orang lain-lain.Servis pun cepat.Even,pekerja dia akan suggest untuk masak apa kalau kita tak tahu masakan apa yang sedap.Price??Amat berbaloi...Total damage = RM150 untuk 4 orang.Tapi ada lagi yang kami order,ada sayur campur,telur dadar and tomyam campur.So,pada aku memang worth it dengan harganya.
lofti & pian
View kat kedai ni memang best sebab belakang tu adalah laut and dari sini boleh nampak jambatan Pulau Pinang.Disebabkan kitaorang g malam,memang nampak lampu-lampu jela.Kalau pergi dari petang,sure best.
kami dah kenyang ;P
Semua makanan telah di sponsor oleh kawan kami en pian..errkk..terima kasih ye pian.Sebelum balik,kami g main bowling dulu kat Pacific Mall sebab kat Queens Bay Mall takde bowling..apa daaa....sikit punye besar,bowling pun takde..
nak gak letak kami ;)
Tu jela info yang nak share.So,sape-sape nak jalan-jalan cari makan kat Penang,jangan lupa singgah di sini.Memang aku rekomen.But, if you need more info on Jalan-jalan cari makan in Penang, do check my friends blog, nad. Ada cite pasal "rimau menangis" and "rojak tonggek".Sound interesting rite??So,just blog walking to her blog to find more about that place,k
p/s:Seperti sudah tidak sabar mahu ke universal studio Singapore.harap-harap jadi la ye...
5 comments: (+add yours?)
wahhhhhhhhh ketam!!!!! sedapnya!!!
eh
naper madi xpernah ckp nie?
ok..mahadi hutang lg satu tempat..hohoho
eh, nanti haku naik penang...kiter kuar reramai lah
terliur plak tengok!..
farah>>en crab tu memang sedap..fresh dr akuarium.hehehhe..
nad>>harus ajak madi g sini.seafood terbaik.aku nk hunting 4 pasembor plak lps ni.raya haji ni boleh g penang lg..
harz>>i masa taip entry ni pun terliur.hahha..terasa2 kesedapannya.kat tganu ni mana tempat mkn seafood best ar??
hi dear..jom sma2 link!!i dh link u...nice knowing u..:)
Post a Comment
any idea or comment?just drop here