Review Filem::Nur Kasih The Movie::

Aku dengan en adha baru je pulang dari menonton filem Nur Kasih. Kami menonton di Cathay Damansara. Cinema paling cool and paling kami suka..^_^


Tiket harus dibooking online untuk mengelakkan ketidak sabaran beratur membeli tiket.



Filem yang harus ditonton. Tak rugi korang bayar duit tiket di samping dapat menjana industri filem tempatan.hehehe...
Filem ni kesinambungan dari episod Nur Kasih sebelum ni. Tapi aku rasa kalau tak tengok siri tu pun still boleh faham jalan cerita filem ni. Permulaan filem ni je dah menyentuh perasaan. Watak adik Mia dalam filem ni memang boleh buat kita tertawa. Budak tu comel kan :P

Cinta Adam dan Nur memang cinta sejati. Biar pun cinta mereka diduga dengan pelbagai rintangan, namun kasih sayang diaorang tak pernah kurang. Mula-mula dapat berita gembira, Nur pregnant. Tengah happy-happy, Nur miscarriage plak..(macam cerita aku plak ;( )

Even kena duga macam tu, Nur and Adam still redha dan percaya ada hikmah di sebaliknya. Nak tau cerita seterusnya harus ke cinema ye kawan-kawan.
Banyak kejutan dalam filem ni yang kita tak sangka. Memang tak bosan and sure akan tersentuh hati dan perasaan sehingga keluar air mata dan air hidung T_T

Sinematografi filem ni masih terbaik macam dalam siri yang dulu. Ditambah plak dengan lagu-lagu yang aku rasa memang sesuai untuk cerita ni. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita ni.
Wajib tonton!!!

p/s: maafkan aku ye kawan-kawan, terpaksa menonton bersama en suami kerana dia mahu belanja.rezeki jangan ditolak ;P

3 comments: (+add yours?)

Unknown said...

dear..dh tgk jg NKTM..!!touchingla jgk..^___^

adlyn833 said...

deana>>touching dari mula sampai habis.especially part yang Nur miscarriage tu.sedih bangat.hukhuk....

adlyn833 said...

deana>>memang touching habis.especially part Nur miscarriage...sedih bangat. ;(

Post a Comment

any idea or comment?just drop here