Kung Fu Panda 2

0 comments


Review yang agak lewat disebabkan sesi mengumpul tenaga selepas melalui hari yang busy minggu lepas. Aku pergi menonton bersama en adha hari Jumaat lepas. Seharusnya di Curve T_T

Sambungan dari Kung Fu Panda 1, cerita kali ni seperti dijangka memang tak menghampakan. Po si panda bersama rakan-rakan terpaksa mengembara ke China untuk menyelamatkan China dari jatuh ke tangan merak lagi angkuh dan bongkak. Sepanjang pengembaraan tu banyak la insiden-insiden lucu yang jadi especially part maskot tu. =)

Dalam cite ni gak Po dah tau asal usul dia. Touching gak time ni T_T. Sesiapa yang belum tengok movie ni better g tengok cepat before tayangannya habis. And make sure g beratur awal-awal atau online booking sebab takut tiket sold out. Cerita ni memang boleh buat korang gelak sampai kuar air mata ;P

p/s: tahnks to yah sebab belikan tiket dan memecahkan rahsia suprise aku utk en adha.damn!!!

Review Filem::Nur Kasih The Movie::

3 comments

Aku dengan en adha baru je pulang dari menonton filem Nur Kasih. Kami menonton di Cathay Damansara. Cinema paling cool and paling kami suka..^_^


Tiket harus dibooking online untuk mengelakkan ketidak sabaran beratur membeli tiket.



Filem yang harus ditonton. Tak rugi korang bayar duit tiket di samping dapat menjana industri filem tempatan.hehehe...
Filem ni kesinambungan dari episod Nur Kasih sebelum ni. Tapi aku rasa kalau tak tengok siri tu pun still boleh faham jalan cerita filem ni. Permulaan filem ni je dah menyentuh perasaan. Watak adik Mia dalam filem ni memang boleh buat kita tertawa. Budak tu comel kan :P

Cinta Adam dan Nur memang cinta sejati. Biar pun cinta mereka diduga dengan pelbagai rintangan, namun kasih sayang diaorang tak pernah kurang. Mula-mula dapat berita gembira, Nur pregnant. Tengah happy-happy, Nur miscarriage plak..(macam cerita aku plak ;( )

Even kena duga macam tu, Nur and Adam still redha dan percaya ada hikmah di sebaliknya. Nak tau cerita seterusnya harus ke cinema ye kawan-kawan.
Banyak kejutan dalam filem ni yang kita tak sangka. Memang tak bosan and sure akan tersentuh hati dan perasaan sehingga keluar air mata dan air hidung T_T

Sinematografi filem ni masih terbaik macam dalam siri yang dulu. Ditambah plak dengan lagu-lagu yang aku rasa memang sesuai untuk cerita ni. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita ni.
Wajib tonton!!!

p/s: maafkan aku ye kawan-kawan, terpaksa menonton bersama en suami kerana dia mahu belanja.rezeki jangan ditolak ;P

Holiday

1 comments

Ye..ye..aku tau esok holiday.Selamat holiday semua ;P
Aku bukan nak cite pasal holiday esok, tapi holiday aku dengan en adha
Kami tak sempat lagi nak celebrate anniversarry kami......pasrah ;(


Sebabnya, masa tengah plan-plan nak g bercuti anniversarry tu, aku pregnant ^_^
Cancel semua plan. En adha cakap kita plan babymoon je bila dah lepas 1st trimester.... soker!!!
Sebenarnya, aku dah plan nak suprise en adha untuk anniversarry ni
Time tu kan dia g offshore. Makanya, nak plan suprise memang best


Aku nak booking untuk celebrate anniversarry kat sini




damai kan kalau berduaan di sini ^_^

Rupanya, en adha pun nak wat suprise kat aku sempena anniversarry
Dia mau bawa aku ke sini....

beliau mau bawa aku bercuti atas kapal yo!!

Katanya, dia dah nak tempah tiket masa kat offshore tu..
Bila tau aku pregnant, semua tu dah tak heran. Tak kisah tak sambut anniversarry. Baby lagi penting ;(
Tapi rezeki tak lama...so, setelah episod sedih berlalu, terus perasaan nak bercuti makin membuak-buak.
Bila aku dah semangat tetiba keluar plak dialog ni

"sayang, hubby kena kerja kat PD bulan 6 ni. Macam tak boleh je nak bercuti"

Time tu rasa cam badan dah tukar jadi warna hijau
Hati panas tapi mulut senyum kelat sambil cakap"ooo..yeke,takpe la. Lagipun, bulan 7 kita dah nak g cuti gak" (bulan 7 kami dah plan dengan rakan-rakan baik untuk bercuti melawat singa)

Dah lama-lama aku sejuk sendiri ;)
Pujuk hati sendiri. Ayat en adha tu aku dah dengar dari 7 tahun lepas dari kami couple
Dah faham dengan kerjanya. Lagipun, aku tau dia bekerja untuk cari duit. Untuk aku juga
Banyak benda nak kena difikirkan setelah menjadi lelaki yang berstatus suami
Aku sebagai isteri tak perlu membebankannya lagi(konon ko paling baik la ye alyn T_T)

Tak lari pulau dikejar
Kecuali kalau tsunami T_T (choooiiiii...la mulut ko ni)
Lagipun aku ada dua tiket untuk ke luar negara bulan 7 and bulan 10 (aku beli secara diam-diam tahun lepas.hahhaha...)

TAPI teiba kawan comel and sweet aku call and dia akhir perbualan dia cakap

"na, jom kita g bercuti beramai-ramai nak?,tioman ke perhentian ke"

Ni dikatakan mengantuk disorongkan katil,tilam dan bantal.hahhaah...
Bila cerita kat en adha, keluar plak ayat ni

"nad nak kawin kan, bukan dia nak saving duit ke"

Dia nak cakap kat sape ni, isteri dia ke kawan isteri dia??cerrr jawab en adha??
Lebih memilukan bila future fiance nad, en mahadi pun cakap benda sama
Katanya pada nad comel jangan nak membazir sebab nak kawin.sob3 ;(

Apa ke kaum lelaki ni lupa agaknya...
Nafsu perempuan ada 9 kot. Nafsu shopping, habiskan duit, nak beli coach, bercuti kat pulau..hahhaah
Tu baru sikit aku letak.

Sebenarnya, aku tak kisah pun nak ke mana-mana
Hatta, bercuti ke sunway lagoon main gelonsor pun takpe(mesti ko gelakkan aku kan Yah)
Otak dah tepu, kerja, jalan jam, tender...ntah apa-apa lagi

Sometime nak gak bagi otak rehat
Lagipun, aku masih mencuba untuk melupakan semua kisah sedih aku ;(
Mungkin dengan bersuka-sukaan, kisah duka dapat dilupakan.

Tapi masih berharap agar idea Nad masih dapat diaplikasikan
Ada hati lagi tu...hahhahaha....

nad, aku terbayang ko snorkelling sambil aku amikkan  gambar
(aku tak suka snorkelling ;P)

ooohhh..sampan tu macam melambai-lambai panggil kita nad
(^_^)


p/s:entry ditujukan khas untuk Yah.agak-agak la wei g holiday.tak reti-reti nak balik ke?



Tak Payah la "PRIHATIN" Sangat

9 comments

Manusia ni ada banyak kategori. Sepanjang hidup aku ni dah ramai sangat aku jumpa kategori manusia ni.
Tapi sejak dah setahun berkahwin ni, tetiba ramai plak yang jatuh dalam kategori manusia "Prihatin".
Baru kawin 3 bulan, dah mula ada tanya-tanya


"dah ada isi ke"
"bila lagi nak bertiga"
"korang ni planning ke"


Tapi aku memang ramai tak tanya. Mungkin aku dikelilingi dengan masyarakat yang memahami sensitiviti orang lain. Bukan la takde langsung kan, tapi kurang. Ada gak yang cam sengal ubi, sampai aku upload gambar kereta kat FB, tetiba komen "dah ada good news ke"?. Desperate nya la nak tau pasal aku. Yelar, aku memang jarang nak upload apa-apa kat FB. Aku tak suka. Takde privacy dan sebab ramai sangat yang "PRIHATIN" kan.


Bila dah pregnant, memang ramai tak tau. Aku ingat lepas aku pregnant, takde la golongan-golongan PRIHATIN ni nak ganggu hidup aku. Tapi bila aku miscarriage, soalan-soalan yang aku terima lagi sakit hati dari sebelum aku pregnant. Masa aku belum pregnant, aku boleh lagi terima soalan-soalan yang berkaitan, tapi dalam  keadaan aku tengah sedih, tetiba orang tanya benda tak sepatutnya, aku sakit hati ok...sedih semua ada :(


"ko gugur sebab ko tak jaga betul-betul ni"
"i rasa u miscarriage sebab u banyak wat kerja rumah, lagipun u stay alone kan..husband u dok jauh kan"
"early pregnancy better stay dengan husband, at least ada orang jaga"


Dan banyak lagi komen-komen yang menyakitkan hati aku. Kang aku cakap akal pendek, semua yang cakap tu golongan bijak pandai. Serius wei, ibu mana sanggup nak gugurkan anak dia sendiri?Aku sejak tau aku pregnant, aku memang jaga semua benda. Susu yang menjadi musuh utama aku pun aku paksa gak untuk telan. Makan plak tak pernah skip. Setiap jam kot aku makan.


Pasal kerja rumah, memang aku tak buat. Tambah plak aku dok sorang. Apa sangat benda nak wat. Setakat iron baju je. Laundry memang akan tunggu en adha yang wat bila dia balik weekend. Masak? Memang aku dah cuti dari masak sejak pregnant sebab balik kerja aku memang letih yang teramat. Pukul 9 aku dah tidur. So, before balik rumah aku akan tapau makanan siap-siap tak pun ajak Yah teman aku makan.


Pada yang pasangan yang LDR cam aku je tau camne perasaan berjauhan dengan suami dan pada masa sama kita pregnant. Memang perit tapi pada aku tu adalah dugaan. Orang bercakap memang senang tapi orang tak tahu sebab diaorang tak lalui apa yang kita lalui.


Pada aku rezeki untuk aku belum sampai. Serius aku sedih bila terima komen-komen camni. Selamat en adha ada. Thanks hubby...Katanya, kalau kita jaga elok camne pun, kalau tuhan dah kata takde rezeki, dia pergi juga. Ada kebenarannya gak. Korang bayangkan kalau budak pregnant luar nikah, g telan macam-macam benda, nenas la, coke la...tapi kalau tuhan kata baby dia selamat, lahir gak baby tu kat dunia.


Aku amik yang positif je. Mulut oarang memang tak boleh tutup. Anggap je mereka-mereka ni golongan yang tarlampau "PRIHATIN". Terima kasih ye semua...


Kepada mommy to be yang masih LDR macam farah dan yang lain-lain, kuatkan semangat demi anak tercinta. InsyaAllah, tuhan ada bersama kita. Walaupun suami tercinta takde di sisi, tapi anak kita tetap ada bersama 24 jam sehari. Aku doakan semua mommy to be semua berjaya mengharungi dugaan mengandung dan lahirkan baby-baby yang comel (*_*)


p/s: ada hikmah yang tersembunyi,akhirnya en adha dah dapat tukar ke KL.alhamdulillah...

Saat Dia Diambil-Part II

9 comments

3 Mei 2011
Alhamdulillah malam tu memang takde apa-apa yang jadi. So, pagi ni bangun still bleeding. Tapi aku g gak kerja cam biasa. Kerja banyak wei. Lepas lunch aku dah perasan yang bleeding aku dah makin banyak. Terus text en adha. Katanya dia try balik KL petang tu. Dalam pukul 3.30ptg, aku g toilet lagi. Bleeding aku dah banyak macam period.Apakah???


Terus text Yah, tanya dia watpe lepas kerja. Katanya dia ada aerobik. Bila aku cakap nak ajak dia teman g hospital, terus dia cakap ok. Aku still wat kerja cam biasa. Dalam pukul 4.30 aku dah mula rasa sakit perut. Tangan aku dah sejuk-sejuk. Muka berpeluh sedangkan dalam aircond. Tapi aku boleh tahan je. Time tu gak aku terfikir, camni ke rasa sakit nak bersalin. Aku memang tak pernah sakit senggugut, so aku tak tau. Aku boleh tahan je sakit tu, boleh wat kerja cam biasa.


Pukul 5.30ptg aku masuk toilet sebab rasa cam nak past urine and aku nak tukar panty liner aku sebab bleeding aku dah banyak *tak terfikir nak bawa pad*. Buka seluar je darah dah menitik cam air paip. Aku duduk je kat bowl tu terus rasa keluar something yang besar cam kita period yang keluar ketul-ketul tu. Aku dapat rasa benda tu keluar dua kali. Yang second tu cam kecik skit. Aku bangun sambil tenung toilet bowl. Time tu aku dah tau baby aku dah kuar. Terus hilang sakit perut aku.


Aku rasa cam nak flush tapi aku terfikir takkan nak flush anak aku sendiri. NO!!!.Kalau aku flush memang aku takkan masuk toilet tu sampai bila-bila. Tindakan drastik aku, aku ambil baby aku. Serius dah ada bentuk  but tak nampak jelas. Aku balut dengan tisu. Tukar panty liner,cuci toilet tu sebab darah aku menitik-nitik kat lantai kan. Dah setel semua, aku masuk ofis cam biasa.


Setitik pun airmata aku tak jatuh time ni. Kebetulan dalam drawer aku ada tupperware, aku letak baby aku dalam tu. Terus text yah cakap baby dah takde. Dia suruh aku sabar. Text en adha"hubby, baby kita dah takde. B redha ye. Drive keta elok-elok. Nanti kita jumpa kat hospital". Dia terus call tanya betul ke tak.Aku cakap betul and suruh dia banyak bersabar.


Pukul 6ptg, aku terus balik. Terus g umah yah. Kebetulan rumah dia dekat sangat dengan ofis aku. Sampai je terus je bf yah si Jeff bawa kitaorg g hospital. Aku g PPUM sebab paling dekat dengan ofis aku.
Lepas daftar semua proses menunggu memang lama sangat even aku g trauma and emergency. Aku memang amat relax dan airmata aku memang tak keluar time ni. Tapi dalam hati tuhan je tau. Otak aku asyik fikir en adha je.


Dari pukul 7mlm, aku hanya dapat jumpa gynea pukul 12.30 tgh mlm. Korang bayangkan betapa lama aku tunggu. Dengan tak makan nye. Selamat la aku tak rasa sakit ke apa. Boleh jalan-jalan, gelak-gelak dengan kawan aku si yah tu. Pukul 12.45 adha sampai dari Kemaman. Ternampak je muka en adha terus aku jadi sayu.


Doc scan and cakap uterus aku memang dah kosong. Dia amik darah aku untuk antar ke lab. Result akan keluar hari Khamis. Means, aku kena g balik PPUM hari Khamis. Lagipun, doc tu nak tengok gambar scan baby aku. Semua gambar-gambar tu ada kat specialist yang aku g before ni. Terpaksa plak aku amik dulu.


Pukul 2pg aku setel semua. Before balik aku dengan en adha sempat g makan kat mapley dulu. Kami memang tenang sangat. Maybe dah redha. Pukul 3 pagi sampai rumah. Time ni baru aku rasa sedih and terus menangis. En adha bagi aku kata-kata semangat, baru la aku rasa tenang.. ;(


4 Mei 2011
Aku g specialist. Memang kebetulan aku ada appointment dengan doc. Masa nurse tu timbang aku, dia pelik berat aku turun dari 41kg jadi 39.8kg. Dia tengok aku. Aku senyum then cakap aku miscarriage petang semalam. Terus nurse tu pegang aku. Dia cakap sabar ye. Jumpa doc then aku aku insist dia scan aku lagi sekali in case ada lagi benda lagi yang tinggal. Hohoho...doc cakap baby memang dah keluar but still ada ketul-ketul darah yang tak keluar. Dia print gambar tu and tunjuk kat aku.
Katanya better aku buang supaya tak jadi kuman and aku takde la bleeding teruk sangat. Dia bagi option untuk wat kat tempat lain pun takpe. After decide dengan en adha, kitaorg decide buat kat situ je.


Serius aku takut sangat sebab tak pernah le aku kena masuk ward sepanjang hidup aku. Lagipun, dari apa yang aku baca ramai cakap D&C ni sakit. Takut!!!!. Pukul 1 dah masuk ward. Doc suruh aku rest and tidur. Memang tak la kan aku nak tidur. Pukul 3.30 aku masuk OT. Doc bagi ubat bius, 2 saat pastu aku dah tak sedar apa-apa. Sedar-sedar dah ada balik dalam ward.hahahah..Tengok jam dah pukul 3.50.aikkk..kejap je and tak rasa apa pun.Terus tanya nurse "mana husband saya,saya nak balik"..T_T


5.30ptg dah setel semua, aku pun pulang..Badan memang rasa lemah. Tapi still larat la nak jalan-jalan. 


5 Mei 2011
Another visit to PPUM. Nothing much. Sebab aku pun dah wat D&C kat specialist tu, so dia nak scan pun tak guna katanya. Cuma aku ada tanya kenapa aku boleh miscarriage. Katanya, dalam 10 pregnancy akan ada 2-3 kes yang miscarriage untuk 1st pregnancy. Rahim aku takde problem apa and katanya sometime janin tu dah tau dia tak sihat and dia akan gugur sendiri. Macam kes aku, baby aku tak develop. Even dia survive pun maybe akan cacat kalau lahir kata doc.


Aku ada tanya ada ke sebab aku langsung takde alahan menunjukkan yang baby aku tak sihat. Katanya tidak. Sometimes ada orang dah masuk 12 weeks ke atas baru akan kena alahan and ada gak yang takde alahan sebab faktor genetik. Yang ni aku agree sebab mama memang langsung takde alahan masa pregnantkan kami adik beradik. Langsung takde muntah-muntah and elok je deliver kami secara normal.


Ramai yang cakap aku dengan en adha sangat tenang hadapi semua ni. Kami positif and redha dengan ketentuan_Nya. Tak guna untuk kami menangis beria-ria untuk benda yang dah takde. Tapi aku syukur sangat sebab Allah mudahkan semua urusan aku. Dari aku pregnant sampai la aku miscarriage. Aku takde sakit-sakit macam yang aku baca pengalaman orang lain. And aku tau baby aku sangat baik and sayang kat aku sebab dia datang cara baik and dia tinggalkan aku pun dengan cara baik.


We will always love you baby ;(


p/s: sentiasa percaya pada ketentuan-Nya

Saat Dia Diambil-Part I

7 comments

Sepanjang aku pregnant, aku langsung takde alahan. Loya-loya ada la.Tapi aku kuatkan semangat. And aku rasa baby aku pun tau kot yang aku sebatang kara. So,kalau aku asyik alahan sape la nak layan aku. Love you baby!!!. Cuma aku memang kuat sangat makan. Even pukul 3 pagi pun aku boleh terjaga sebab lapar ;P


Bila pregnant tapi suami jauh di mata, memang kena berhati waja. Independent tu wajib. Alhamdulillah, aku boleh harungi semua tu. Sehinggalah dugaan melanda.....


23 April 2011
Aku ada check up kedua. Tapi aku tak gi klinik yang aku g first tu sebab aku dah hilang kredibiliti dengan doctor kat situ. Sebab dia scan tak nampak memula. Konon nak dapat opinion dari doctor lain. Klinik ni pun kawan aku yang suggest. TAPI, jawapan yang lebih mengejutkan, dia suruh aku gugurkan je kandungan aku sebab katanya aku mengandung luar rahim.WT*!!!Siap suruh aku g hospital untuk wat D&C. Sebab apa dia suruh aku wat camtu, sebab dia pun tak nampak baby aku.
Masa dalam bilik doctor tu, aku relax je tapi once keluar je, terus rasa sayu. Terus call en adha, dengar suara dia,aku terus menangis maha dasyat. En adha terus cakap nak balik KL.Terus text Yah cakap tak jadi join dia.Aku ada janji dengan dia nak g Pesta Buku. Lepas tu dia plak call.Nangis lagi. Drive balik rumah sambil nangis.


Kawan bidan aku si Syafak plak call bila aku dah sampai rumah. Dia suruh aku jangan caye cakap doctor tu. At least cari opinion lain before buat apa-apa. Sebab katanya, aku tak sakit and tak bleeding. Kalau luar rahim, aku akan rasa sakit sangat dan akan bleeding dengan teruk. Time ni aku rasa tenang sikit.


En adha sampai,lepas rest and discuss, kami terus g cari klinik yang ada gynea specialist. Dari Columbia Asia sampai ke KPMC,Puchong semua gynea cuti.Memang camtu,gynea selalu ada office hour saja. Maka malam tu kami g makan-makan bersama kawan-kawan. Semua bagi semangat kat aku. Bayangkan dapat berita camni pada hari anniversary kami. Memang sedih ;(


24 April 2011
Aku dapat tau ada 1 klinik specialist ni buka on wekend. So,kitaorg g sana. Doctor cek through vagina and result nya adalah menggembirakan. Terus nampak si baby di dalam. Doc cakap, ikut saiz baby baru 5 weeks,sedangkan ikut LMP aku dah 8 weeks. Time tu hati aku dah tak sedap. But, dia cakap takpe since period aku irregular, so LMP maybe berubah. Next week kena datang lagi untuk tengok baby ada development atau tak. Balik ke rumah dengan senyuman walaupun aku dah rasa something yang tak berapa best :(


27 April 2011
Tetiba malam tu aku kuar brown spotting. En adha memang ada kat KL sepanjang minggu ni sebab dia ada kerja kat Subang. Alhamdulillah...at least aku tak risau sangat kalau apa-apa jadi. Aku tak g klinik pun sebab aku ingat takde apa-apa. Lagipun sikit je and aku tak sakit.


29 April 2011
Dari brown spotting dah jadi red. Terus minta kat manager aku nak g klinik. Waktu lunch en adha datang amik terus g specialist. Doc scan and cakap jangan risau. Baby aku ok. Dia bagi ubat tahan darah and MC untuk hari tu. If bleeding lagi dia suruh datnag on Selasa untuk sambung MC. So, aku hanya bed rest . Tak boleh wat apa-apa. Semua en adha yang buat. Kesian sangat tengok dia time ni..


30 April 2011
Parents datang ke KL. Disebabkan aku dah bleeding, plan nak balik kg terus cancel. Mama datang tolong jaga aku kat rumah. LAgipun, en adha still kerja even hari sabtu pun. Aku still bleeding. Sepanjang duduk rumah, aku asyik search tanda-tanda nak miscarriage supaya aku dapat bersedia mental dan fizikal.
Malam tu aku cakap kat en adha, andai kata baby ni memang bukan rezeki kita, redhakan dia pergi. Mungkin tuhan ada  perancangan lain untuk kami.


2 Mei 2011
Pukul 4 pagi en adha dah gerak balik Kemaman. Dia kena kerja hari Isnin tu..Parents aku pun balik gak tengahari tu. Mama ajak aku balik kampung sebab dia risau aku tinggal sorang-sorang kat KL. Tapi aku malas nak sambung MC dah. Tambah plak aku baru je kerja.Aku still bleeding sampai ke malam. Malam tu aku memang tidur tak lena. Every hour aku terjaga. Risau sangat kalau tetiba aku sakit tengah-tengah malam, sape ke nak bawa aku g hospital. Sampai aku cakap kat baby aku "kalau baby rasa nak keluar, mama dengan babah redha. Tapi biarlah dengan elok, jangan bagi mama sakit ye. Mama sorang-sorang. Kalau mama sakit malam ni takde sape nak bawa mama g hospital" :(


akan bersambung.....

Saat Dia Dipinjamkan

0 comments

Tetap ingin membuat coretan di sini walaupun ianya telah berlalu..
Dengan harapan agar ia akan menjadi kenagan manis yang ingin aku kenang di masa hadapan.


Seminggu sebelum ianya positif, aku asyik mengadu kat kawan sejati aku Yah, yang perut aku boncit dan berat aku naik mendadak.Dari 38kg ke 41kg T_T. Serius aku sangat takut en adha bising sebab aku dah gemuk. Dia tak suka aku gemuk.Dia gemuk takpe plak ;P
Aku tau Yah join kelas aerobik.Dengan gatalnya aku nak join sebab dah boncit. Yah bising gak memula tu,katanya mustahil aku boleh gemuk. Tetiba keluar soalan


Yah:  ko pregnant kot?
Aku : memang tak la kan sebab aku tak rasa apa-apa pun. Aku tak muntah-muntah pun T_T
Yah : ko ni memang cerekarama melayu tau.Muntah-muntah baru pregnant.Tak semestinya la wei


Aku memang tipikal. Lagipun time tu aku memang tengah tunggu period aku. So, aku memang tak syak apa-apa. Period aku pun jenis yang tak regular, so memang susah nak kira. Tapi aku notice yang aku cepat lapar and selalu sangat letih. Lepas kenduri along kat Melaka, aku keluar dengan Yah.


Dia telah memaksa aku beli pregnancy test. Aku beli yang paling murah. Sebab murah aku beli dua. Kalau negative pun tak membazir duit aku.hahha...Yah siap pesan suruh aku cek cepat-cepat. Katanya pepagi esok dia nak message aku tanya result. Gile kawan aku tu.


Kebetulan esoknya tu aku baru lewat period sehari. Tetiba pagi tu aku terbangun awal dari biasa. 6.30pg aku dah terkebil-kebil atas katil. Selalu pukul 6.45 baru aku bangun. Hati berbelah bahagi nak wat ke tak. Aku macam tak sure nak wat ke tak sebab en adha takde. Dia di tengah laut. Kalau boleh aku nak dia ada time-time camni. Tapi memikirkan kalau aku tau awal, boleh la aku ambil langkah berjaga-jaga.


Dengan penuh semangat, aku wat juga. YES!!its double. Alhamdulillah. Terkebil-kebil tengok strip tu. Yelah, before ni buat semua negative kan. Terus solat subuh and cepat-cepat siap g kerja. Sampai ofis awal gile.hahah...terus on YM. Chat dengan en adha. Dia pun terkejut aku sampai awal sangat. Terus cakap congrats sebab dia bakal jadi Babah ;P


En adha memang happy sampai tangan menggeletar katanya nak taip.hahhaah...Terus MMS gambar strip tu kat Yah and kawan aku si mak bidan, Syafak. Syafak ni kerja kat hospital Ampang. Dia memang bahagian perbidanan. Siap terus bagitau EDD aku.hahahha...ko memang hebat la syafak.


Then, en adha pulang seperti di entry ini. Sebelum pulang ke kampung untuk wedding along aku, kami sempat g klinik untuk wat confirmation dengan doctor. But, scan doctor tu tidak menampakkan baby kami. Kata doctor still in early pregnancy,baru 5 weeks so agak kecil untuk nampak dalam ultrasound.


Masa wedding along, aku memang tak wat kerja.hahahha...kerja asyik makan je. Heaven ;P
Actually, naluri aku dah rasa yang aku pregnant *_*. Before en adha nak g offshore tu, aku ada tanya if aku pregnant, adakah dia nak jadi orang pertama yang tau. Mesti la jawapan nya YA. Cuma aku tak nak terlalu berharap. But always percaya, Allah selalu mendengar permintaan kita ;P


p/s: masih terasa kegembiraan masa terima berita double line ni

SuperMAMA

4 comments

Walau kat mana pun aku berada, dalam hati aku tetap ada mama. Dalam sehari tak sebut nama mama tak sah hidup aku.
Mama tak jaga aku dari kecik. Masa kecik, aku dijaga oleh arwah opah aku kat kampung sebab mama and babah kerja.So, takde sape nak tengok-tengok kan kami. Tapi every weekend parents aku akan datang tengok kami kat kampung. Umur aku 6 tahun baru mama bawa aku duduk KL sebab aku dah nak masuk tadika. Time tu adik aku 4 tahun. Rumah aku ada maid time ni. Disebabkan "kekurang ajaran" maid aku tu, kami adik beradik memecat dia.Padan muka ko!!


Maka bermula la episod Supermama. Disebabkan mama kerja dan kami time ni dah masuk sekolah rendah, mama terpaksa bangun pukul 4.30 setiap hari untuk prepare breakfast dan lunch untuk anak-anak tersayang. Mama jarang tapau makanan dari luar untuk kami walaupun dia bekerja. Pukul 6.30 mama dah pergi kerja.Babah anta sebab mama ada lesen tapi dia amat penakut nak drive.


Balik kerja terpaksa naik bas sebab babah still kat ofis and waktu kerja tak sama. Sampai rumah terus buat kerja rumah dan prepare dinner. Mama tak pernah lupa untuk jenguk kami setiap malam untuk make sure kami pakai selimut, kipas buka ke tak. Setiap malam mama akan cek at least 3 kali. Mama juga tak pernah lupa untuk luangkan masa cek semua kerja sekolah kami.


Babah dulu selalu outstation. Mama terpaksa ganti jadi babah sementara dia takde. Kalau babah takde, mama terpaksa bangun lagi awal sebab dia kena g kerja naik bas. Kalau ada majlis penyampaian hadiah atau nak ambil report card, mama tak pernah tak datang walau dia kena naik bas dari tempat kerja dia dan aku selalu jadi orang terakhir dapat report card sebab mama selalu terlambat datang.Katanya bas lambat +_+


Mama tak pernah pukul,cubit or tengking aku dari aku kecik sampai dah besar gajah ni. Mama adalah ibu terbaik. Boleh anggap macam kawan-kawan. Tak pernah marah nak keluar dengan sape janji dia kenal sape kawan aku tu. Mesti balik before pukul 10. Boleh kata semua kawan aku dia kenal. Boleh slumber cite pasal pakwe, putus cinta, cgpa drop, kawan lari dari rumah sampai la ke perkara-perkara remeh. Mama adalah kawan terbaik yang aku ada.


Dulu masa kat UiTM, setiap minggu aku mesti call mama. Bila aku sembang dengan dia, ramai ingat aku sembang dengan kawan-kawan. Even, kawan-kawan aku pun boleh slumber-slumber je dengan mama. Kalau kawan-kawan baik aku nak bertunang ke kahwin ke, dia mesti nak sponsor 1 dulang kalau tak ralat sampai ke sudah(nad, ko jangan kecikkan hati mak aku.hahaha)


Sepanjang dia bekerja dengan kerajaan ni, aku rasa dah 4 kali dia dapat anugerah cemerlang sampai dia dah tak nak orang calonkan.Katanya bagi la orang muda-muda plak. Mama tak pernah MC sepanjang dia berkhidmat dari umur dia 19 sampai umur dia dah 56 tahun ni T_T. Mama sangat pemurah sebab kalau dia melancong ke mana-mana, dia akan belikan untuk semua orang sampai ke pakcik jaga dan makcik sapu sampah kat sekolah pun dia belikan juga. 


Adha selalu cakap, aku akan ikut macam mama. Memang tak kan. Mama dah letakkan satu standard yang sangat tinggi. Mama adalah tukang masak terhebat, pandai menjahit, melukis, mengait, buat cross stitch, seorang yang seni, sangat penyabar. Aku jangan 50%, 30% pun tak sampai kalau nak samakan dengan mama. Tapi jauh disudut hati aku, amat berdoa semoga aku boleh jadi macam mama. Mama tetap idola di hati aku.


Kalau nak cerita pasal mama, memang takkan habis satu malam. Hari-hari doa aku untuk mama semoga dia bahagia dan sihat. Alhamdulillah, dalam usia macam ni, mama tetap sihat tanpa sebarang penyakit serius. Semoga tuhan panjangkan umur mama sebab masih banyak benda yang aku nak share dengan dia. Masih tak terbalas jasa mama untuk aku.


I LOVE YOU MAMA

p/s: hajat nak jadi mama tahun ni tak kesampaian ;(

Wedding Along-Melaka

0 comments






Dondang sayang yang best ;P







Majlis berlangsung di Masjid Tanah, Melaka. Seminggu sebelum kenduri Along di rumah kami.
Kenduri adalah sangat meriah.Sebab apa aku cakap meriah, sebab ada dondang sayang.
Melaka kan memang terkenal dengan dondang sayang
Penyanyi kumpulan dondang sayang tu muda lagi tapi suara mantap..
Siap boleh berpantun dan menari +_+

Rasa seronok bila tengok adat dan budaya dari negeri lain.
Ruginya malam tu kami tak join sebab along cakap malam tu siap ada bakar bunga api & mercun
Kami satu family g layan ikan bakar kat tanjung bidara.hehee...
Takpe la tunggu adik aku kawin plak
Tapi dia lagi jauh,sebab kena tempah tiket flight *_*

p/s: time ni en adha berada di tengah laut ;(





Wedding Along

0 comments


Entry tertangguh selama sebulan. Maafkan daku.
Disebabkan entry ni dah agak berkurun, aku malas nak cerita banyak.
Majlis berjalan lancar cuma ada la insiden-insiden kecil yang tak dielakkan.
So, kat bawah ni semua gambar-gambar sekitar majlis kahwin along aku.




time ni aku 5 weeks pregnant ;P

Catering

Disebabkan banyak komen yang memberansangkan masa kenduri aku, maka mama masih menggunakan khidmat catering yang sama.



Menu agak kenduri kali ni ayam masak kicap, acar buah, kurma daging, nangka masak lemak, ikan masin, ulam-ulaman dan bubur caca.
Aku dengan en adha membalas dendam sebab masa kenduri kami hari tu makan tak sampai sepinggan.
Time ni memang aku makan banyak gile. Katanya pregnant lady kan.hahaha...
Mama ambil semua pakej dari catering ni. Pakej termasuk makan,khemah,
 & DJ. Harga seorang RM10.Murahkan?*_*

Pelaminan


Pakej pelamin dan baju semua along ambil kat kedai kat MARA,KL. Tapi details kedai dan pakej harga aku tak tanya plak. Ermmm...baju yang along aku pakai semua adalah baju baru yang di buat khas untuk dia.
Aku paling suka baju along masa kenduri belah perempuan di Melaka. Nanti aku upload next entry,k

Overall, majlis ni berjalan lancar. Aku dah ada geng perempuan dalam family aku.Ada kakak ipar.hehehe..
Semoga Berbahagia buat Along dan Ayu.


p/s: time along kawin aku dikecualikan dari membuat sebarang kerja ;)







Taken

16 comments

Tuhan lebih menyanyangi baby kami.....
Dia telah pergi selamanya hari selasa lepas sewaktu berusia 9 minggu..
Aku dan en adha redha dengan pemergiaanya
Kami percaya semua kejadian ada hikmah disebaliknya
InsyaAllah rezeki kami akan ada lagi


Walaupun tuhan hanya pinjamkan dia sekejap untuk kami
Kami tetap gembira
Hati aku jadi lebih tabah selepas kejadian ni


Baby, kami doakan semoga baby tenang di sana. Mama dan babah tetap menyanyangimu selamanya ;(


P/s: aku akan ceritakan detik hari pertama aku berkongsi nyawa dengan baby ku sehingga hari terakhir dia meninggalkan kami.

Menerima Ketentuan-Nya Dengan Redha

3 comments

Gembira hanya seketika tapi aku redha..
Fikiran aku sudah cukup positif untuk menerima segala ketentuanNya.
Semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya
Tuhan hanya menguji jika hambaNya mampu untuk mengharunginya
Mungkin aku salah seorang dari golongan itu

Terima kasih buat semua sahabat, keluarga dan yang tersayang en adha
Tanpa korang mungkin aku tak setabah ini

Berikan aku ruang dan masa untuk berkongsi dengan semua
InsyaAllah masanya akan tiba

p/s: MC panjang dihabiskan bersama en adha *_*